Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Kevin Zahri VS Prof Hashim

Pergh headline kasi panas...lol

Semalam Aireen google Premium Beautiful and first page dlm google list untuk Premium Beautiful adalah page abang Kevin Zahri


     




VS










Ada entry abang kev yang mempersoalkan kebolehan Premium Beautiful untuk membakar lemak (saja je tau abang nak naikkan rating le tu lol)

Manakala, 

Gynae aireen, Professor Dr. Mohd Hashim Omar (Head of Department Obstetrics and Gynecology) from HUKMsc siap bagi galakkan untuk terus pakai Premium Beautiful dengan lebih konsisten.


So rasa-rasanya aireen perlu dengar cakap siapa?
nak dengar cakap abang kevin ke dengar cakap Prof Hashim?


Well dear pakai dulu baru rasa, baru tau, baru decide nak dengar cakap siapa ;)


XOXO,
Aireen Osman

p/s: No offence ye kawan-kawan semua saya cuma berthinking sendiri

Thursday, January 31, 2013

2013 - IVF yay or nay?

Yay or nay? should we give another try? 
We've done IVF for the past 3 years. and yes we did pregnant but just for 2 months. Bukan rezeki kami


Persoalannya 2013 adakah patut? Are we ready for that?
Saya belum ada jawapan untuk itu. Jauh dalam hati memang melompat-lompat kata YA saya dah sedia



Can i just let it go with the flow...ha ah jangan nak let it go sangat aireen you're not getting any younger...arghh bila daku kenangkan umur daku ini...snappp!! (lucky i'm on BB Plus Collagen so that tak ada lah nampak kertu lol!!)


Untuk mereka yang belum tahu atau mungkin tertanya-tanya what i've tried to get myself pregnant kan.

Mohon diberikan petunjuk oleh-Nya dan Aireen harap kawan-kawan juga dapat mendoakan yang terbaik buat kami berdua. Amin

XOXO,
Aireen Osman



Tuesday, January 8, 2013

Toxins affect fertility (masalah kesuburan)

Kenapa manusia mengalami masalah kesuburan atau infertility?

Aireen juga percaya ramai juga di luar sana yang sebenarnya trying to conceive sama macam Aireen jugak


Percaya tak one of the reason is because of toxins and how do we get toxins?


* Air
   yes its difficult to get a very fresh air nowadays..because sana sini 
   memang dah polluted especially to those who lives in the city.
   Ini adalah fakta ye kawan-kawan

* Water
   Perasan tak air kat rumah kita yang kita nampak jernih tu pon 
   actually tak bersih. Kalau tak takkan orang duduk pasang water
   filter.

* Food
   Yes walaupun dah dimasak sebenarnya masih ada toxins and all.
    Sebab tu bagus kalau sebelum masak, kita purify dulu segala

    sayur, ayam, ikan, daging, etcetera etcetera

* Tobacco
   Omaigod kita pun boleh dapat toxin kalau terkana asap rokok.    
   Dear smokers, please find your own space to smoke. So that 
   orang lain tak kena toxins rokok yu! 

* Stress and negative emotions
   Well quite shocked when i found out stress and negative emotions
   contributes toxins in our body. Ok stress no more ;)
   (like seriously shocked!!)


But for me to get rid with all these toxins I..... 


  • Wear Premium Beautiful because it has chitosan in it and  chitosan can actually absorb any toxic substances such as greases and oils


This is my own Premium beautiful wash water after 8 hours of wearing it. The water changed to dark due to toxins. 



Check out this disgusting video...euuww


Don't let this toxins affect your chances to get pregnant and ruin your life

Say no to toxins and yes to health and beauty!
Call me now to schedule....

 your free fitting session of Premium Beautiful 
or 
to see the demo for Biozone Food Purifier right in front of your naked eyes ;)


XOXO,
Aireen Osman
0122997340
aireenosman@gmail.com


Saturday, November 17, 2012

Buah Zuriat

Ok semua dah tau yang Aireen ni minah Google kan...so masa mula2 Aireen nak tau apa itu buah zuriat. Aireen pun Google la..


This is how buah zuriat look like

Bila dah tau roper paras buah zuriat tu and kat mana nak dapatkan buah zuriat...Aireen pon bertanya dan pesan la dengan sesiapa yang nak buat umrah or haji.



Kenapa? sebab buah zuriat ni cuma boleh didapati dekat mekah je. I'm not sure if we have it here..kalau ada pon sure diorang beli kat sana and bawak datang sini...and obviously pricey lapan!!

Kebetulan masa tu ada kawan Aireen yang nak ke sana untuk mengerjakan umrah. Aireen pesan kat dia sekali je...

Takmo pesan banyak kali sebab kalau memang benar ada rezeki Aireen untuk dapat buah zuriat tu...maka ada lah untuk saya ;)

Alhamdulillah kawan Aireen tu ingat nak belikan buah zuriat tu untuk Aireen and dia belikan Aireen 5 biji


So bila dah dapat apa lagi la operasi men-google-d bermula....Kali ni googled pasal bagaimana nak kupas buah zuriat....

Kawan2, fyi buah zuriat ni memang kulitnya keras and tak jalan pon kalau pakai pisau semata....Ok jom tengok macam mana cara nak kupas buah zuriat and cara penyediaannya ;)

1. Kupas dua biji buah zuriat dengan menggunakan pisau dan anak lesung

Masa Aireen googled, ada yang cakap nak rebus harus dua ketul..harus pair..

Sebab nama lain bagi buah Zuriat adalah buah Adam Hawa....satu untuk Adam Satu untuk Hawa...ok make sense ;)




2. Belah dua je terus kalau nak lagi cepat. Sebab kalau nak potong keliling mmg lapan tahun baru dapat isi dalam ;)


Taraaaa

3. Ok keluarkan isi rungnya




4. Rebuskan isi rung buah zuriat itu tadi. Air pulak cukup2 untuk satu mug sahaja. tak perlu sampai penuh satu periuk


Ada yang kata buah zuriat cuma boleh direbus dalam periuk kaca, tanah dan stainless steel aja...tak tahu betul ke tak...

5. Rebus sehingga air mendidih dan air rebusan bertukar warna pink cair......(bukan exactly pink la...its more to rose gold punya color)



Tadi Aireen cakap tadi sekali rebus cuma pakai air satu mug je kan? Ok untuk pengetahuan kawan2 semua, buah zuriat ni boleh di rebus berulang kali sehingga airnya dah tak ada warna.

Kalau rebus, air dah putih je..maksudnya dah habis khasiat and korang dah boleh kupas yang baru pulak ;)

6. Ok Air dah siap untuk diminum. 



Nak minum pulak, ada caranya ;) air rebusan yang satu mug itu tadi harus share dengan suami...so half2 lah...sharing is loving kan ;)

Masa minum tu mohonlah kepadaNya moga2 apa yang kita usahakan dan kita inginkan akan termakbul. Aireen suka amalkan doa yang dah Aireen share kan kat entry sebelum ni

So kengkawan yang sedang berusaha untuk hamil macam Aireen jugak....jom sama2 kita ramaikan umah Rasulullah ;)


Love,
Aireen Osman

p/s: Aireen pon amalkan pakai set premium beautiful jugak sebab nak betulkan masalah haid yang tak menentu ;)

Monday, October 29, 2012

Bagaimana nak pregnant?

Ok seperti yang telah Aireen janjikan....Entry kali ni khas mengenai bagaimana Aireen nak pregnant dan apa yang sudah Aireen lalui untuk mendapatkan zuriat ;)

First i went to Hospital Pantai Pandan Indah

1. Makan Clomid (3 bulan berturut) - 2009
Since my gynae said I don't ovulate...so she prescribed me this. Start makan lepas setahun kawen
p/s: how can i don't have egg...musykil...abis yang period tu apa ye....




2. Ovarian Drilling Surgery - 2009
Lepas makan clomid tengok still tak ovulate jugak so doctor suggested ovarian drilling. Sebab mungkin ovary Aireen sumbat dan diselaputi lemak (ye la dulu kan Ai gemuk)


Well this is not mine...i googled it ;) so that u know macam mana roper paras ovary kena drill

3. HSG test - 2009
During ovarian drilling procedure, doctor found out Aireen ada virus infection around my fallopian tube so doctor suggest buat HSG to check if my tube are block or not - procedure ni lagi sakit dari surgery untuk ovarian drilling tu ha!


Again, this is not mine...i googled it ;) so that korang tau macam mana roper parasnye

Result: both tube blocked
Doctor suggested: IVF

Aireen rasa my first gynae tu merapu sebab she supposed to do my blood test, buat HSG dulu baru proceed ovarian drilling...so i brought all my medical report to my current gynae for second oppinion...


Ye itu lah dia Gynae saya Prof Hashim Omar

who else? tidak lain tidak bukan my lovely Prof. Hashim Omar (ewah...kemain lagi lovely katanya..i like him because he's good...dia explained everything sampai kita faham). 

He attach with PPUKM. So bila jumpa prof..memula he send me for........


4. Blood Test (CA-125) - early 2010
Syukur alhamdulullah i'm clean ;) but as per prof the scar still there..bila ada scar dalam fallopian tube, memang susah nak bagi sperm smooth sailing kat dlm tu :(

Result: No infection. Fully Recovered




5. In Vitro Fertilization IVF - 2010
Aireen sempat pregnant selama 2 bulan. I'm still be grateful sebab merasa peluang itu....syukur Alhamdulillah. 


The diagram - this is how they do step by step. Yang pastinya i've been dealing with lots of drugs and needles!!

The process nampak mudah......oowhhh tidak semudah itu kbai ;)

Ok kita tengok diagram and video how the eggs been collected and how they transferred the embryo back to the womb je la yek...kalau nak suruh aireen cerita IVF punya step by step mmg boleh buat novel tros dah entry kali ni!!
.
.
.
.

lepastu kitorang stop kejap i mean stop all the procedures and medications needed untuk infertility treatment sebab down gila lepas miscarriage. So the long paused until.........2012
.
.
.
.

6. Makan Birth Control - Jan 2012
Aireen jumpa prof balik sebab my period was irregular. Prof prescribed 3 bulan berturut2 makan birth control sebab nak regularkan period aireen balik.



Memang salah satu fungsi birth control pills adalah untuk mengregularkan balik period kita...tapi nah hamik kau badan naik bagai johan sampai 105kg....scarrrrrryyy!! ;)

7. Google pasal macam mana nak betulkan kitaran haid tanpa ubat. - March 2012
Result banyak kata pakai Premium Beautiful boleh regularkan balik menses.


Ai kan Ms. Google ;) But seriously apa yang you nak cari..you google la..sure jumpa!!

8. Pakai Premium Beautiful dan makan pil maharani- April 2012
I'm glad to say Alhamdulillah dan syukur sebab tanpa bantuan ubat my menses dah back on track since May 2012 until now ;) I've mentioned pasal ni in my previous entry


 Power pack...bergabung meletup!

Pakai Premium Beautiful dengan makan Pil Maharani memang banyak bantu betulkan balik period Aireen yang haywire tu. Period betul, badan pon tak naik ;)

9. HSG - July 2012
Aireen tanya prof whether i can pregnant normal atau masih perlu buat rawatan IVF and nak tau jugak sama ada Fallopian tube Aireen ni sumbat lagi ke tak. So Prof suggested me to proceed with the 2nd HSG test. 

I've special entry pasal pengalaman buat HSG test jugak...click here

Result: Masih block.
Solution: Tubal reconstructive surgery or IVF

10. Tubal reconstructive surgery - October 2012
Result: Both tube in a good condition now
Doctor suggested: try get pregnant manually

Nak tau how i gone through the procedure...click here untuk part one and part two...siap ada sequel..mampu? haha

11. Baby making - ASAP....lol

Boleh buat buku kan? Tajuk "Trying to Conceive by Aireen Osman"...Lol

So, kawan2...we're still trying to get pregnant...doakan segala urusan Aireen dan suami berjalan lancar ye...insyallah amin... ;) 

Sharing is caring


Yours truly,
Aireen Osman






Wednesday, October 24, 2012

Petua untuk hamil cepat

Hrmm kalau ikut petua nak pregnant memang banyak sangat...tapi apa yang parents, saudara mara, jiran, kawan, tok, nenek Aireen dah ajar antaranya adalah;

1. Makan kecambah
Aireen pernah makan and i can say kecambah adalah super baby kepada taugeh hahaha...

Tapi kepada mereka yang tak berapa nak gemar makan taugeh....jangan risau sebab memang tak ada rasa taugeh langsung....i mean LANGSUNG TAK ADA!!.....

Rasanya lemak2 dan jugak rangup....makan dengan nasi buat ulam sedap tahap gaban. Mana nak cari? I've once jumpa kat tesco. Ala tapi boleh buat sendiri pon sebenarnye

This is kecambah

2. Minum susu kambing + kurma (blend em')
Pernah cuba jugak tapi aiyoooo tak boleh telan la susu kambing tu bau dia satu hal...

gini lah roper kurma dan susu kambing yang telah diblend

lepas tu terasa2 kat tekak ni punya la melekat dia sampai feeling macam minum seekor kambing heeee...sorry no offence kambing...i just cant take it ;) Aireen cuma amalkan makan kurma je

3. Minum air rebusan buah Zuriat
Ok Aireen pon dah pernah buat jugak...tak dapat banyak sebab buah ni cuma boleh didapati di Mekah. Kat Malaysia pon ada jugak tapi tak sure nak cari kat mana...cuba korang Google...kalau ada pun sure diorang jual mahal.

Buah Zuriat

4. Selepas bersama jangan terus bangun
Maksudnya disini...tunggu dalam 30-60 mins lepas bersama (lagi bagus tido terus tak payah nak bangun2 dah)...jangan terus bangun...rentikanlah niat nak mandi ke, nak masak ke, pi beli iphone kat maxis klcc ke, nak jenjalan pi pavilion ke

heppp!! dok je dendiam atas katil tu...so that sperm sempat la nak berenang ketepian untuk ajak ovum keluar dating ;) lol

5. Doa
Obviously....semuanya adalah rezeki yang dikurniakan olehNya so jangan pernah berhenti berdoa ;) Below adalah doa yang Aireen selalu amalkan untuk mendapatkan zuriat

Surah Al-Anbiya ayat 89, Surah Ali Imran ayat 38 dan Surah Al Anbiya ayat 30

Ok ini semua adalah antara petua2  dan doa2 yang orang ajar Aireen untuk bagaimana nak hamil cepat.

Aireen pon masih berusaha lagi...Jadi apa salahnya kalau share benda yang bagus kan ;) ilmu untuk dikongsi bersama

Next entry Aireen akan ceritakan pula mengenai apa yang Aireen dah usahakan untuk nak pregnant selain daripada mengamalkan petua2 dan doa2 yang telah diajar di atas..... :)

Pst pst....Ada orang pon suruh Aireen amalkan pakai set Premium Beautiful jugak ;) this one pon another intresting tips...takpe nanti Aireen cerita lebih lagi in my next coming entry la yek ;)

Selamat mencuba kawan2...insyallah

xoxo,
Aireen Osman

Friday, October 19, 2012

Hari ni saya sawan dengan video message Siti Nurhaliza ;)

Aman damai je tengok muka Siti Nurhaliza ni kan...tambah pulak dia personally bagi video message tu untuk Aireen...Well i'm blessed and I guess yes its time to get busy making baby....lets ;)


You made my day Siti!! my pray and doa goes to you too...love love love

Monday, October 8, 2012

segalanya bermula di sini......surgery - part two ;)

Yes Aireen tak sedar pon bila ketika Aireen pengsan....tau2 je Aireen dengar orang panggil nama Aireen suruh Aireen bukak mata...I'm hardly tried to open my eyes....

nampak dlm 2-3 orang....bukak kejap lepas tu tutup balik...Aireen pon tak sure sama ada Aireen dah sedar betul ke tidak....but i heard some of the voices

Masa tu yang paling Aireen ingat sekali....Aireen rasa tekak Aireen sakit macam kena jolok dengan apa tah...macam nak muntah pon ada...tapi tak muntah2 jugak....I opened and I closed back my eyes....

rasa mulut penuh dengan air liur....yang sempat aireen cakap cuma....."tolong, air liur saya meleleh" berulang2 Aireen cakap mungkin suara pelahan sangat tu yg diorang tak dengar agaknye...ye la Aireen mamai lagi kan masa tu ;)

Benda alah ni ropernye yang masuk dlm mulut Aireen masa surgery haritu....bapak la panjang kan and patut la macam nak terbelahak anak tekak ni....untunglaaaa ;) owhh namanya adalah endotracheal tube

 and this how it looks bila dah masuk dlm trachea saya

Tekak sakit and rasa nak termuntah masa tu ropernya diorang nak tarik keluar endotracheal tube tu...haishhh rasa perit tu tuhan je yang tahu...

Rasanya 40 mins lepas surgery baru Aireen sedar kot...itu pon sedar mamai2...Paling obvious sekali masa tu adalah Aireen LAPARRRRRR hahahaha lawak bukan? ye la nak surgery apa pon mmg kena puasa...soalan pertama Aireen tanya nurse bila dah sampai kat ward adalah "Bila saya boleh makan ye?" Nurse tu pon tak terkata apa agaknye....

Setengah jam dah kat ward, Prof Hashim pon sampai sambil senyum2...

Prof Hashim: Aireen, how you doing? 
Me: erk...(la patutnye aku tanya dia....mcm mana saya prof) hahaha
Prof Hashim: Ok I'm happy to tell you that Your both fallopian tube are looking good and I pon tak tau macam mana you boleh dapat infection tu...but anyway I dah repair and tengok the fluid smoothly flows on your tube...So hopefully you can get pregnant in this near time. I memang nak you pregnant cepat2 sebab nak bagi tube you mengembang
Me: ok prof i have one question.....erm me and my husband ada nak kena pantang apa2 tak (biasa la ini soalan penting ok...korang jangan senyum2 pulak hahaha....lagipon mak Aireen yang beriya2 suruh tanya dengan prof)
Prof Hashim: Pantang apanya...pantang nampak ada la
(boleh kan...prof ni memain pulak...lucu lah prof!!)
Prof Hashim: tak ada....tak perlu pantang2....kan nak baby cepat...dengan izin Dia boleh la awak pregnant normal...Insyallah
Me: terima kasih Prof, nanti Prof doakan untuk saya sekali masa depan Kaabah ye :) (Owh ye lupa nak bagitau Prof Hashim akan menunaikan haji tahun ni dan akan berangkat pada hari Jumaat ni October 18, 2012)

So Prof Hashim pon tinggalkan kami (Aireen ngan husband) berdua dlm ward tu...Aireen pandang Wan, kitorang diam and senyum je..nak meleleh air mata bila prof kata there still a chance for us to get pregnant normally. Syukur syukur syukur Alahamdulillah

Ini adalah birthday present paling best yang Aireen dapat sepanjang hidup Aireen. Insyallah kalau diizinkan tuhan, 2013 ada la junior Aireen and Wan ;) Kawan, ingatlah...tak semua orang senang untuk memiliki zuriat sendiri...oleh itu jangan pernah menolak atau jangan pernah mengeluh kalau zuriat kamu bertambah....Itu adalah rezeki dan itu adalah amanah Allah kepada kita.

Entry ini khas untuk Suami tercinta, Wan Osman yang bagi full support in and out untuk sama2 melalui segala suka dan duka sepanjang 4 tahun kita halal bersama. Tak lupa kepada semua keluarga juga kawan2 yang banyak bagi kata2 semangat dan doa untuk Aireen. Jasa kalian, hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya....terima kasih ini ikhlas dari Aireen dan Wan ;) I love you all a lot....LIKE A LOTTTT ;)

Friday, October 5, 2012

segalanya bermula di sini.....tubal reconstructive surgery - part 1

Salam semua...rasa lama sangat Aireen tak update pasal diri Aireen kat sini...here we go....ok start from early of the month....On the 1st of October Aireen celebrate birthday..

Alhamdulillah Tuhan masih sayangkan Aireen Suryana dan alhamdulillah Aireen masih diizinkan untuk berkongsi di ruangan yang cantik ini ;)

Red Velvet cake for my birthday....thanx hun ;)


Thanx a lot and yes i love you too a lot more...i think you're cute ;)

Tahun ni birthday sambut sederhana sahaja sebab ada perkara lagi besar yang Aireen nak lalui....which the one that i've mentioned previously dekat kawan2 semua....

Actually dua hari lepas I've done my Tubal Re-constructive surgery dekat HUKM and Alhamdulillah satu hari je admitted and semalam dah discharged.

Let me share with you guys.......

Around 9am sampai kat HUKM Specialist Center untuk uruskan admission process....masa tu admission staff bagitau yang company cuma cover seratus je sehari untuk bilik...and harus la tak ada bilik yang seratus sehari kan

Funny bila dapat tau staff audi cuma layak bilik yang harganya RM100 sehari..so i told the person incharge that i'm gonna pay whatever the difference is as long as i dapat bilik single.


So bila segala urusan kemasukkan ward selesai...Aireen disuruh salin baju and get ready for the procedure. Masa salin baju tu tak ada perasaan apa2 pon....

Tapi bila dah baring atas katil and dah kene sorong...rasa nervous tu datang ...Owh lupa nak bagitau I went there with my Lovely husband of course (terima kasih abang!!)

Incik Wan kelihatan aman dan damai baca paper while i'm being nervous tahap gaban

So sampai je kat OT hall...of course Wan tak dapat teman sampai dalam...i'm all alone...semua staff kat OT tu ketawa2 gurau2..ye la diorang nak bersirius pon nanti jadi tak fun pulak buat kerja kan...

Masa tu Aireen cuba pejam mata nak hilangkan rasa takut...almost an hour Aireen kena tunggu turn tapi mata tak boleh pejam jugak

Mind the missing O ;)

Then datang sorang doctor lelaki ni Prof. Jafar he is the anaesthetist for that day...He asked me few question...mostly about my previous health background. Aireen tutup mata balik...rasa nervous makin kuat.....

Then I've heard suara Prof Hashim..."Ok team lets start"...terasa katil yang aireen baring tu kena sorong dan bila bukak mata Aireen dah ada dlm OT room...dalam hati..oh my god this is it...takut memang takut...tapi cuma mampu selawat dan baca al fatihah banyak2....

Masa tu half of the team ada kat kanan Aireen and another half was on my left...Prof Hashim pulak cuma tengok and tunggu untuk Aireen pengsan agaknya....All i remembered before pengsan adalah Prof Jafar cuba cari vein tapi tak jumpa...kali ke tiga baru la jumpa..itu pon dekat wrist area...

Then sorang staff ni tutup mulut aireen dengan oxygen mask...mata aireen cuma pandang atas and cuba focus pada selawat and fatihah....tapi dalam hati sempat cakap...eh bila aku nak pengsan ni hahahaha...ye la tak ke haru kalau perut kena tebuk hidup2..heee 

Ntah bila Aireen pengsan....tetau Aireen dah terjaga and semuanya dah selesai..............to be continued ;)

Saturday, August 4, 2012

HSG itu menyakitkan

Its been quite sometimes Aireen tak hapdate uolls pasal HSG yang Aireen buat on July 20, 2012 haritu...ok Ini adalah sambungan kepada entry yang sebelum ni 

So entry kali ni Aireen nak cerita pasal pengalaman Aireen buat HSG kat HUKM haritu....


Kepada kawan2 dan pembaca2 perempuan saya, just to let you know that inilah roper paras harta terpenting kat dlm badan kita ye :)


Masa sampai2 je memang nervous (sbb dah tau macam mana rasa sakit dia cuma kali ni mungkin berbeza sebab buat dekat hospital yang berbeza..sebab dulu Aireen buat kat Pantai Hospital)


Fungsi benda alah ni sama je macam yang kat atas...cuma yang ini nampak lagi rasaksa la..hahaha....And HUKM punya besar macam ni lah

So bila nama dipanggil, dah disuruh salin baju, Aireen pon dah baring and ready, the radiologist pon without any signal...terus blow pressure kat fallopian tube Aireen....tanpa sengaja, air mata meleleh tahan sakit...

Nampak kecik tapi bila radiologist masukkan pressure...perghhh mmg sakit dia tu...Tuhan je yang tahu

Radiologist suruh pusing kanan, pusing kiri...masalahnye mmg mcm satu badan cramp sbb sakit sangat.....mcm mana nak cakap ek...rasa sakit dia macam menses cramp kali 8 juta!!

So bila radiologist dah dapat capture apa yg dia nak....dia pon explain kat Aireen yang one of my tube is fully blocked and another one is semi-blocked...sigh (ini semua luar bidang kuasa kita....

Aireen redha dan ada sebab kenapa tube Aireen masih sumbat. Apa yang Tuhan rancangkan untuk kita itu sangat indah....kita harus percaya itu!!)

This is how the normal HSG  with unblock tube - you can see the free spillage come out from the tube

and this is the HSG with block tube. The tube get swollen ..itu yang buatkan lagi sakit :) 

Lepas 3 hari, Aireen ada appointment dengan Prof. Hashim. So masa jumpa dia...He's actually macam disappointed a bit sebab dia kata kalau tube Aireen dah ok, dia nak proceed with IUI je instead of IVF...

Actually we discussed a lot la masa tu...and sampai la Aireen tanya dia..."Prof. is there any way to repair my tube? i mean tak boleh operation je ke?" So dia kata boleh juga...and he has 3 patients yang successfully done the procedure and dah pregnant secara normal

But he did remind me la that successful rate cuma 20% je. I told him...i'm dont mind and i dont care what the successful rate is....At least I try (yes i'm hardly trying to conceive)...Bila tak berjaya jugak baru lah kita boleh proceed with IVF...

Insyallah kalau tiada aral, bulan 10 ni Aireen akan buat tubal reconstructive



Kawan2, doakan saya berjaya ye :) 

p/s: selagi kita masih dikurniakan cahaya mata...selagi itu lah jangan kita pernah mengeluh atau menolak, kerana kurniaan itu adalah rezeki dan jagalah amanah yang telah diberikan ke atas kita dengan sebaik2nya :)


Sharing is caring kbai!






Monday, July 16, 2012

Apa kata Prof. Hashim (gynae) saya

Last Thursday Aireen pergi HukmSc dengan incik Wan Osman sebab ada date dengan gynae...Dating sebab nak check menses ai yang irregular ni. So a week before jumpa dia, mmg Aireen kene buat blood test dulu...blood test untuk cholesterol and hormone ratio saya yang separa lelaki ni (kenapa separa lelaki? ada ceritanya)

 taraaaaa this is my gynae.... :)

So masuk2 je doctor tanya...hows everything? you dah period? and ofecoz dengan bangga i replied "dah and i'm having it now. and for your record its my 3rd cycle after seeing you". Dia senyum je...ok seriously prof...senyum je? give me some credit at least hahaha...


Macam biasa sebelum jumpa prof memang Aireen dah list down soalan yang Aireen nak tanya (sebab nak jumpa prof ni susah...pastu menunggu pon boleh tahan lama sebab dia ramai patient). Jadinya haritu banyak la yang we all discussed kan.


Our main issue adalah cerita pasal menses saya yang chipsmore ini...ikut suka nak datang dia datang...takmo datang dia tak datang langsung...First dia bagi blood test result la..and we cerita pasal cholestrol...and my total cholesterol is 6.7 which the border line untuk tahap cholesterol yang patut ada dlm badan manusia adalah below 5.7...nampak macam lebih satu je kan tapi kalau dah lebih tu namanya ttp bahaya....

Cholesterol kalau dah duduk dalam artery, dia boleh buatkan artery kita sumbat...bayangkan kalau kat area jantung...ok scary..kbai


Lepastu we discussed pasal hormone ratio pulak...and the result is...(testosterone) 2 : 1 (estrogen) and Prof cakap.."Aireen HORMONE LELAKI AWAK LAGI BANYAK dari hormone perempuan" itu satu....

lagi satu dia cakap "body awak tak recognize awak sebagai female" SNAPPPPPPP and untunglah Wan Osman ada sekali (dah confirm2 la aku kene bahan dengan dia ni kan...dang!!) and Prof kata dia nak make sure the ratio is back to normal which is 1:1


Sure korang tengah gelak guling2 tak hengat kan...haha gelak jah gelak, jangan tak gelak....jangan gelak lebih sangat ok....it may sound funny but this is serious and seriously? never recognize me as a female? OOO EMMM JIII....

ok Prof kata kene discipline and obviously he prescribed me ubat perancang tu lagi..and obviously jugak Aireen just amik and tak makan pon....For the time being Aireen just concentrate dan discipline pakai Premium Beautiful and amalkan makan pil maharani atau nama lainnya Beijing Te Zhi Bai Feng Wan..(next entry Aireen akan cerita pasal Pil Maharani yang mmg bagus ni)


Ini la dia pil maharani tu...and its halal :)

Prof kata jika dibiarkan period yang irregular ni...dia boleh mendatangkan cervical cancer...choiii so uolls yang periodnya irregular....please take it seriously and of course Premium Beautiful dan pil maharani sangat membantu...no drugs at all!

This is how cervical cancer look like...serious bukan? yes this is more than serious ye kawan2

So this coming Friday Aireen nak kene pi HUKM lagi nak buat HSG test (HSG adalah x-ray yang nak menentukan sama ada fallopian tube kita sumbat ataupun tidak and tahap sakitnya mmg Tuhan je yang tahu) 

ini adalah alat (catheter & syringe) utama yang digunakan semasa process HSG dijalankan (kecik2 cili padi)

And this is how the process gonna look like. Yang kaler pink tu adalah dye. kalau tube kita sumbat, dye tu akan bertakung kat dalam tube dan tak akan ada free spillage

So kawan2 semua, doakan tube Aireen dah tak sumbat lagi ye..so that i can conceive naturally...Amin :) nanti Aireen update result HSG tu dlm entri yang akan datang.


So to those yang wanted to know more about Premium Beautiful, Pil Maharani and obviously trying to conceive macam Aireen jugak, do not hesitate to;



call 

012-299 7646 / 012-299 7340 or 

email

 aireenosman@gmail.com


"I share because I care.....I care because I love"


nota kaki: mode rumah hijau forever...Go! go! Green Leader Group....kbai :)