Wednesday, October 24, 2012

Petua untuk hamil cepat

Hrmm kalau ikut petua nak pregnant memang banyak sangat...tapi apa yang parents, saudara mara, jiran, kawan, tok, nenek Aireen dah ajar antaranya adalah;

1. Makan kecambah
Aireen pernah makan and i can say kecambah adalah super baby kepada taugeh hahaha...

Tapi kepada mereka yang tak berapa nak gemar makan taugeh....jangan risau sebab memang tak ada rasa taugeh langsung....i mean LANGSUNG TAK ADA!!.....

Rasanya lemak2 dan jugak rangup....makan dengan nasi buat ulam sedap tahap gaban. Mana nak cari? I've once jumpa kat tesco. Ala tapi boleh buat sendiri pon sebenarnye

This is kecambah

2. Minum susu kambing + kurma (blend em')
Pernah cuba jugak tapi aiyoooo tak boleh telan la susu kambing tu bau dia satu hal...

gini lah roper kurma dan susu kambing yang telah diblend

lepas tu terasa2 kat tekak ni punya la melekat dia sampai feeling macam minum seekor kambing heeee...sorry no offence kambing...i just cant take it ;) Aireen cuma amalkan makan kurma je

3. Minum air rebusan buah Zuriat
Ok Aireen pon dah pernah buat jugak...tak dapat banyak sebab buah ni cuma boleh didapati di Mekah. Kat Malaysia pon ada jugak tapi tak sure nak cari kat mana...cuba korang Google...kalau ada pun sure diorang jual mahal.

Buah Zuriat

4. Selepas bersama jangan terus bangun
Maksudnya disini...tunggu dalam 30-60 mins lepas bersama (lagi bagus tido terus tak payah nak bangun2 dah)...jangan terus bangun...rentikanlah niat nak mandi ke, nak masak ke, pi beli iphone kat maxis klcc ke, nak jenjalan pi pavilion ke

heppp!! dok je dendiam atas katil tu...so that sperm sempat la nak berenang ketepian untuk ajak ovum keluar dating ;) lol

5. Doa
Obviously....semuanya adalah rezeki yang dikurniakan olehNya so jangan pernah berhenti berdoa ;) Below adalah doa yang Aireen selalu amalkan untuk mendapatkan zuriat

Surah Al-Anbiya ayat 89, Surah Ali Imran ayat 38 dan Surah Al Anbiya ayat 30

Ok ini semua adalah antara petua2  dan doa2 yang orang ajar Aireen untuk bagaimana nak hamil cepat.

Aireen pon masih berusaha lagi...Jadi apa salahnya kalau share benda yang bagus kan ;) ilmu untuk dikongsi bersama

Next entry Aireen akan ceritakan pula mengenai apa yang Aireen dah usahakan untuk nak pregnant selain daripada mengamalkan petua2 dan doa2 yang telah diajar di atas..... :)

Pst pst....Ada orang pon suruh Aireen amalkan pakai set Premium Beautiful jugak ;) this one pon another intresting tips...takpe nanti Aireen cerita lebih lagi in my next coming entry la yek ;)

Selamat mencuba kawan2...insyallah

xoxo,
Aireen Osman

No comments: