Friday, January 22, 2010

peluang ke-2

Terlalu lama aku menjadi seorang yang sombong padaMu...terlalu lama aku melupakan asal usul kejadianku...terlalu lama aku tidak cium hamparan itu...terlalu lama aku tidak membaca naskah panduan yang telah Kau turunkan itu....terlalu lama...terlalu lama aku tidak berada di garisan yang sudah kau lukiskan itu...acap kali Kau berikan aku peluang untuk berubah tetapi aku masih sama...sehingga di ketika ini baru aku sedar...sedar bahawa aku adalah seorang yang telah berjanji untuk taat padaMu...berjanji dari awal mula kejadian..berjanji sebelum aku keluar untuk mengenal dunia ciptaanMu....Aku bermohon kepadaMu agar amalan tertangguh yang baru aku mulakan ini diterima. Tiada lain yang aku minta hanya peluang kedua...bukan untuk jadi yang terbaik..tetapi sekurang2nya untuk menjadi seorang islam yang tidak tersasar. Amin

3 comments:

ikeen said...

harap2 ibadat kita diterima Nya...amin...

rad said...

alhamdulillah.......amin......

.:chEyaNtie:. said...

:)...semoga istiqamah..bila dah jadik kebiasaan,nak tinggalkan tu begitu sayang sekali..