Saturday, November 17, 2012

Buah Zuriat

Ok semua dah tau yang Aireen ni minah Google kan...so masa mula2 Aireen nak tau apa itu buah zuriat. Aireen pun Google la..


This is how buah zuriat look like

Bila dah tau roper paras buah zuriat tu and kat mana nak dapatkan buah zuriat...Aireen pon bertanya dan pesan la dengan sesiapa yang nak buat umrah or haji.



Kenapa? sebab buah zuriat ni cuma boleh didapati dekat mekah je. I'm not sure if we have it here..kalau ada pon sure diorang beli kat sana and bawak datang sini...and obviously pricey lapan!!

Kebetulan masa tu ada kawan Aireen yang nak ke sana untuk mengerjakan umrah. Aireen pesan kat dia sekali je...

Takmo pesan banyak kali sebab kalau memang benar ada rezeki Aireen untuk dapat buah zuriat tu...maka ada lah untuk saya ;)

Alhamdulillah kawan Aireen tu ingat nak belikan buah zuriat tu untuk Aireen and dia belikan Aireen 5 biji


So bila dah dapat apa lagi la operasi men-google-d bermula....Kali ni googled pasal bagaimana nak kupas buah zuriat....

Kawan2, fyi buah zuriat ni memang kulitnya keras and tak jalan pon kalau pakai pisau semata....Ok jom tengok macam mana cara nak kupas buah zuriat and cara penyediaannya ;)

1. Kupas dua biji buah zuriat dengan menggunakan pisau dan anak lesung

Masa Aireen googled, ada yang cakap nak rebus harus dua ketul..harus pair..

Sebab nama lain bagi buah Zuriat adalah buah Adam Hawa....satu untuk Adam Satu untuk Hawa...ok make sense ;)




2. Belah dua je terus kalau nak lagi cepat. Sebab kalau nak potong keliling mmg lapan tahun baru dapat isi dalam ;)


Taraaaa

3. Ok keluarkan isi rungnya




4. Rebuskan isi rung buah zuriat itu tadi. Air pulak cukup2 untuk satu mug sahaja. tak perlu sampai penuh satu periuk


Ada yang kata buah zuriat cuma boleh direbus dalam periuk kaca, tanah dan stainless steel aja...tak tahu betul ke tak...

5. Rebus sehingga air mendidih dan air rebusan bertukar warna pink cair......(bukan exactly pink la...its more to rose gold punya color)



Tadi Aireen cakap tadi sekali rebus cuma pakai air satu mug je kan? Ok untuk pengetahuan kawan2 semua, buah zuriat ni boleh di rebus berulang kali sehingga airnya dah tak ada warna.

Kalau rebus, air dah putih je..maksudnya dah habis khasiat and korang dah boleh kupas yang baru pulak ;)

6. Ok Air dah siap untuk diminum. 



Nak minum pulak, ada caranya ;) air rebusan yang satu mug itu tadi harus share dengan suami...so half2 lah...sharing is loving kan ;)

Masa minum tu mohonlah kepadaNya moga2 apa yang kita usahakan dan kita inginkan akan termakbul. Aireen suka amalkan doa yang dah Aireen share kan kat entry sebelum ni

So kengkawan yang sedang berusaha untuk hamil macam Aireen jugak....jom sama2 kita ramaikan umah Rasulullah ;)


Love,
Aireen Osman

p/s: Aireen pon amalkan pakai set premium beautiful jugak sebab nak betulkan masalah haid yang tak menentu ;)

2 comments:

FarawayShoppe said...

Salam..
kami ada menjual buah zuriat dgn harga yg murah...rm40 utk 10biji...rm60 utk pakej jimat (10 buah zuriat+1 serbuk debunga kurma)..boleh jenguk page fb kami ya.. Faraway Shoppe.. abaya yg cantik2 pn ade.. ;)

FarawayShoppe said...
This comment has been removed by the author.